Tuesday 23 July 2013

I wish it was just a dream ..

I wish it was just a dream
Because day by day
It's killing me inside

I wish it was just a dream
Because your pain
Can be seen from outside

I wish it was just a dream
Because not all the time
I can stay by your side .

Saturday 9 March 2013

JIMAT

Assalamualaikum .. hehe .. post hari nie tajuk jimat .. why ? sebab tengah pokai .. So , as a student , apa yang aku buat untuk proses penjimatan tahap darurat nie ?


1. Tinggal semua baju2 yang korang selalu pakai untuk hang out kat hometown . So , bila kawan offer ajak p shopping , mesti korang takde pakaian nak keluar .. bila takde pakaian nak keluar , mesti korang pun was-was nak keluar or tak . . haa, bila dah was2 , duk rumah je lah senang , keluar nanti kanggg , duit mengalir sama laju je macam air kat paip bocor tepi jalan .




2.  Keluar shopping tanpa bawak kad bank .. Why ? nanti belanja lebih . Contoh dalam beg dah ada RM150 , kat rumah konon2 nak belanja ngam2 je la kan , tapi mampu ke kalau dah sampai shopping mall ? mesti dalam hati tergerak jugak kan "ahhh..lantak lah , lepas nie boleh cucuk lagi , kat mall nie bersepah je atm"..so,jadilah over budget  , sampai ada yang 3x p ulang alik ke atm . Ini perkara biasa , jgn bohong , memang ngam2 kena atas kepala korang sendiri ni kan ?




 sebenarnya banyak lagi nak kongsi nie , tapi jari dah malas nak taip . So , bagi 2 tips nie je la ye . Stay strong , " THE POKAIs"

Tuesday 26 February 2013

back to school !

Hai . Haritu berpeluang kembali ke sekolah lama (sk seri berang) untuk satu tugasan for semester nie (National Philosophy of Education a.k.a NPE . Memang dah banyak perubahan kat sekolah tu especially suasana yang semakin kondusif . So , ex-sksb mesti korang rindu dengan sekolah kita kan ? Scroll down for the pictures . hehe
 ENGLISH AREA 



Look at me , haha . I'm a talkative teacher xD





Students' punch cards . 

 study ye adik2 . 







hehe tu je gmbar2 yang boleh share setakat nanti . Bulan 4 nanti , InsyaAllah , aku akan "kembali" ke sekolah tu lagi . hehe . Banyak kan perubahan kat sksb ? And FYI , sksb dah dapat "band 1" . Hebat kan ? I'm so proud of my primary school ;D

Thursday 31 January 2013

Syukur

"Kring kring " .. Di kala kelam kabut untuk bersiap keluar , kedengaran telefon di atas meja bergetar mengikut irama nada dering . Suara seorang ibu kedengaran , seakan-akan meminta pertolongan . Demi seorang anak , air muka ditebalkan . Permintaan si ibu adalah demi anaknya , anak yang ingin menyambung persekolahan di sekolah yang baru dan memerlukan bantuan . Bantuan apakah ? wang ? bukan , kerana kami juga dari keluarga sederhana , makan minum , sama seperti insan lain .


Almari pakaian diselongkar . Baju uniform berwarna hijau seakan-akan "menyorokkan" diri setelah kira-kira 3tahun disimpan . Uniform yang pernah  disarungkan di sekolah menengah sewaktu menyertai pasukan beruniform kadet remaja sekolah . Aku berfikir sejenak . Jika anda insan yang hanya menjadikan baju terpakai tersebut sebagai kain buruk di rumah , masih ada yang megharapkan untuk menerima "hadiah" baju terpakai itu kerana kesempitan wang . Mungkin sesetengah anak muda di luar sana terlampau dilimpahi dengan kemewahan , pulang ke rumah hanya perlu meminta wang dari si ayah untuk membeli barang keperluan . Namun , bagi sesetengah keluarga ,  membeli uniform yang boleh mencecah harga ratusan ringgit itu bukanlah hanya perlu ke bank dan mengeluarkan wang untuk perbelanjaan . Makan minum anak perlu dikira , kos sara hidup yang belum tentu mampu ditampung oleh wang yang ada perlu dihitung .

Setelah bertemu si ibu dan meghulurkan uniform tersebut , si ibu memaparkan wajah ceria , mungkin lega anaknya tidak akan dimarahi guru kerana tidak berpakaian lengkap pada hari kokurikulum , mungkin juga senang hati apabila si anak dapat menyarungkan pakaian seperti rakan-rakan yang lain . Itulah pengorbanan seorang ibu , memastikan si anak dapat hidup senang walaupun terpaksa mengorbankan maruah diri .



وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan al-af’idah (akal dan hati) agarkamu bersyukur.” (Surah an-Nahl, 16: 78 ) 

Sekian sahaja coretan pada kali ini . Sesungguhnya , aku sendiri merasakan diriku juga tidak kurang alpanya . Kadang-kadang , terlalu leka dengan nikmat dunia hingga lupa untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah . Namun , kisah tadi begitu menyentuh hati dan membuatkan aku berfikir sejenak dengan nikmat yang telah Allah berikan . Walaupun tidak dilahirkan dalam keluarga berada , namun masih ada insan yang hidup di dalam serba kekurangan . Terima kasih , di atas segala nikmatMU Ya Allah .


Assalamualaikum .















Saturday 29 September 2012

Syarahan Pom pang Pom pang

Assalamualaikum .. hmm . Rasanya nie kali pertama kot aku post dalam bahasa Melayu . Kalau ikutkan hati , memang aku nak conteng blog aku dgn bahasa Melayu tapi blog ni dibina atas dasar assignment , jadinya terpaksalah aku merapu dalam BI . Sekarang lecturer dah ambil markah , so , boleh la mula conteng2 dalam BM . Best sikit nak merapu kan ..

Kenapa tajuk aku kali nie syarahan pom pang ? Sebabnya , time aku bersyarah tu,aku pom pang pom pang je cakap apa yang aku nak . Hehe , orang mcm aku nie mana la mampu hafal text pnjang2 . Jadi , aku cakap ikut logik aku je . Buat muka konon2 confident tapi sekali tersasul , tersalah sebut konsep bahasa , agak gelabah jugak la nak buat muka "hmm ... aku xde buat salah pun,problem?" hehe . BTW , aku kalah dgn bakal Cikgu Bahasa Melayu . Maklumlah , syarahan nie semua , makanan dia je kot . Scroll down for the pictures . hehe




Syarahan Kebangsaan Institut Perguruan .


 Para peserta :)



Nie classmate aku  , wakil bagi lelaki kolej aku .


Dah buat yang terbaik tapi masih ramai lagi yang hebat . So , nombor 3 .Asalkan dapat hamper yang penuh dgn makanan udah le .. yedokk ? hehe
 Yang berkemeja biru tu la juara nya . Bakal Cikgu Bm . Yang tgh tu pulak friendly gile , bakal cg pra sekolah and yang paling hujung bakal ustaz , InsyaAllah .


Undilah saya sebagai calon Pm akan datang ! =,=

Sunday 16 September 2012

A day with them .


HANG OUT ! HANG OUT :)


 I'm home ;D


We used to sleep together in class . 


 Batu Buruk Beach , the capital of Terengganu state .

 Each friend represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born


Our next destination , NR Cafe - Nature Concept



                                   


Chicken chop , keropok lekor and fried ice-cream . Combination of western+kampung . 


Coconut drink . Well known as "air nyor" in Terengganu .


Counting for our next holidays ! see u soon darl .  

Tuesday 4 September 2012

birthday present(s)


I broke my headphone , so I got dr.dre on my birthday . Thanks friend !


" I love you " ring . I love you too , twin .

Guess what in it ? A silver necklace with butterfly locket. Sorry , I forgot to snap the picture .